Followers

Thursday, February 23, 2012

Kepribadian Muslimin dan Muslimah

Peribadi dan keperibadian adalah satu perkara yang selalu disuarakan, baik dalam ceramah2 atau  percakapan dan penulisan.

Masalahnya sekarang sudah sampai di manakah pembentukan peribadi umat pada umumnya dan khususnya bagi setiap muslim? Pertanyaan ini tidak diminta jawapan tetapi perlu dirasakan dengan kenyataan yang tidak boleh didustakan. Inilah dikatakan “PENGHAYATAN” dan begitu pula tentang keperibadian itu, bukan setakat disuaragemakan, tetapi dihayati dan diwujudkan bagi setiap muslimin dan muslimah khususnya pemuda2 Islam sebagai penerus dan penyempurna terhadap tanggungjawab ditengah2 masyarakat.

Sesungguhnya ciri2 keperibadian muslimin dan muslimah sejati itu adalah di antaranya seperti berikut :

1. Mereka yang apabila disebut nama ALLAH dan sifat2nya gementarlah hati mereka.

2. Mereka yang apabila dibacakan kepadanya ayat2 ALLAH (al_QURAN) menjadikan mereka bertambah iman.

3. Mereka yang kepada ALLAH sajalah tempat bertawakkal dan berserah.

4. Mereka yang mendirikan solat.

5. Mereka yang membelanjakan sebahagian daripada hartanya ke jalan yang diredhai oleh ALLAH SWT.

Berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah al-Anfal ayat 2,3 dan 4. Maksudnya :

“Sesungguhnya orang2 yang beriman itu (yang sempurna iman) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah dan sifat2nya gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat2 Allah menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah, orang2 yang mendirikan solat dan mendermakan sebahagian dari apa Kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang2 yang beriman dengan sebenar2nya. Mereka akan mendapat pangkat2 yang tinggi disisi Allah dan keampunan serta limpah kurnianya yang mulia (di SYURGA)”.
6. Memiliki ilmu pengetahuan yang cukup khususnya ilmu agama.

Sabda Rasulullah SAW : “Barangsiapa yang berkehendakkan dunia(kebahagiaan/kesenangan) maka hendaklah mereka memiliki ilmu pengetahuan dan barangsiapa yang berkehendakkan akhirat (kebahagiaan/kesenangan/keamanan) maka hendaklah mereka memiliki ilmu pengetahuan dan barangsiapa yang berkehendakkan kedua2nya maka hendaklah juga mereka memiliki ilmu pengetahuan”.
7. Bimbingan dan didikan agar setiap muslimin dan muslimah itu cekap, cergas dan mampu melaksanakan ajaran Islam mengikut ajaran dan perinsip sebenarnya dengan lain perkataan mereka yang mempunyai akhlak dan peribadi yang mulia dan terpuji.

Sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang yang apabila membuat pekerjaan, dilakukan dengan bersungguh2 (tekun, amanah, bijaksana, ikhlas dan penuh disiplin)”.

Kesimpulannya ruh Islam (semangat Islam) dan keperibadian Islam itu hendaklah memancar dan bersinar di dalam sikap, akhlak tikahlaku dan tindak tanduk setiap muslimin dan muslimah dengan cara sedemikian insyaAllah akan terjelma dan lahirlah muslimin dan muslimah yang sejati. WALLAHU A’LAM.

Wednesday, February 22, 2012

Perubahan demi perubahan

Assalamualaikum..

aku wanita biasa yang sentiasa ingin cantik dimata semua..aku wanita biasa yg sentiasa cemburu dengan kecantikkan para wanita di sekelilingiku..apa yg aku telah pelajari dan banyak benda yang en tunang saya membetulkan secara baik iaitu dengan cara ia menegur.

Dalam erti kata lain wanita seperti aku tidak mungkin mempunyai lelaki seperti dia..yang banyak membantu aku tentang hukum dan agama..tentang isu-isu agama..we are still learning but bila b'cakap ttg agama..dia petah b'ckp..aku t'kelu m'dgr butir2 bicara..(nanti awak ajar saya k..) itu je mampu ku ungkapkan..kedilnya aku dimata mu YA ALLAH..terima kasih kau hadirkan lelaki seperti dia dalam hidup aku..permudahkan jalan kami Ya ALLAH..

Dahulu mungkin aku malu b'tanya @ b'bcg soal agama, mgaji n mcm2..tp kini aku sering b'tnya itu ini..salahke btui ke..Ya ALLAH kau peliharai la bakal suamiku yang akan membimbingku ke jlnmu YA ALLAH..

maafkan saya, awak! saya tidak begitu sempurna..bimbinglah saya ye..terima kasih awak! ^__^
saya masih perbaiki diri yang serba kekurangan~ 

p/s : Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan