Followers

Monday, October 31, 2011

menyendiri lagi~

bila kita kata masa ni la kita mengenal mcm2 dugaan..ya..aku tgh merasa..sometime make me feel like dying.. x tau nk habaq cm mana...terasa lagu dadali~disaaat aku mencintai dirimu..terasa di dada bdebar2..adeh..perasaan apakah ini..kdg2 ada lagu cinta monyet..adeh lagi gapla x tau nk habaq lagu mana..huhu..

ada hati x tahu nk feel cmmana..ada mata x tau nk lihat dri mana..ada rasa x tahu nk bg perasa apa..klu la dunia ni sng je...aku happy tguk kwn2 ku makin hari makin gumbira...sudah lama aku x rasa aty ini mcm ni..how to explain i do know...

azmin: i miss u a lot..rindu banget kamu..rindu masa 1st time i meet u..rindu masa zaman gila2..haha..rindu snap picture with u..but now u seyes banget..jmpa pon amat la sukar..

now: aty aku gelisah..lama aku x rasa cmni..how do i do..YA ALLAH..smoga tiada pe yg buruk blaku di sekelilingiku..amin~

kak yati,najla,nadia,adik aku,kazen aku,kwn2 ku..: mereka kebanykkan da nk convo n sudah convo...aku je masih blari tkejar2 sgulung diploma..but aku bangga cz dpt btahan shingga kini..wlpon aku still keje aku still ley jugak amik masa utuk study..hopefully aku pon akan dpt convo mcm diorg gak..congrat ya..! flowers for u all..----------(@

Thursday, October 27, 2011

meet ustazah nabilah a.k.a kak kesayangan

sabtu aku jmpa kak nabilah...lama x jmpa dy..aku blajar mgaji dgn dy..n then we b'cerita n b'kongsi cerita..aku prnh b'tnya dy...cz aku confius satu perkara..why aku ttiba mimpikan mamat itu..n aku cerita la..n dy ckp mybe itu mainan tidur..syaitan stiasa akan m'ggu..tambah2 aku bru btunang..dugaaan yg bru akan aku tempuh..dy just igtkan jgn tggal solat..mgaji stiap ari..supaya hati lebih tenang..alhamdulilah mimpi itu sudah tiada lagi..mybe mainan tidur..cz aku pon x tahu keadaan depa mcm mana..hurm anyway i'm happy now..

p/s: mimpi itu mainan tidur...bykkan istifar..insyaALLAH..smua akan b'jln sperti biasa..

Friday, October 21, 2011

Aku Cemburu Ya Allah!

Di hening pagi,
Ketika sang suria masih lagi samar-samar memancarkan sinarnya,
Ketika dedaunan masih basah disirami embun,
Ketika seluruh alam masih lagi sunyi,
Diriku hanya bertemankan sepi.
Aku melihat alam ciptaan Allah,
Langit yang membiru dan terbentang luas,
Pokok-pokok hijau yang tidak henti berzikir kepada Allah,
Kerdil aku rasakan ketika berada di hadapanMu, ya Allah,
Aku tertunduk,
Tubir mata mula digenangi air jernih,
Aku hanyut dibawa bayangan minda.
Peristiwa-peristiwa semalam,
Seringkali menerjah minda,
Biarpun cuba dipadam dan dilupa,
Namun parut tidak akan pergi begitu sahaja,
Pengalaman hidup jauh dari jalan redha-Nya,
Membuatkanku benar-benar derita,
Tidak mahu aku kembali melalui jalan yang sama.
Ya Allah, aku cemburu!
Aku cemburu kepada mereka,
Mereka yang mempunyai hati yang dipenuhi dengan cinta,
Cinta kepada siapa?
Cinta kepada-Mu wahai Tuhan yang menciptakanku,
Jiwa mereka dihiasi dengan semangat jihad,
Hati mereka diterangi dengan nur cinta yang abadi,
Iman memenuhi kamar sanubari,
Jalan perjuangan sedia mereka tempuhi,
Walaupun mmpunyai ranjau yang melukai.
Segala dugaan yang mendatang,
Dengan tabah mereka lalui,
Setiap tohmahan dan cacian,
Tidak pula mereka peduli,
Kerana hati mereka begitu asyik,
Terleka dan tenggelam oleh manisnya cinta.
Sedang aku di sini,
Dalam kesamaran masih tercari-cari,
Ke manakah hala tuju diri,
Setiap kelemahan berdikit-dikit ku cuba baiki,
Membersihkan kembali segumpal darah yang bernama hati,
Iman yang baru mula untuk berbuah,
Aku rasa begitu payah untuk dipertahankan.
Betapa hebatnya peperangan,
Yang terjadi antara iman dan nafsu,
Terkadang aku berasa ingin berhenti,
Berhenti daripada meneruskan langkah ini,
Tetapi aku tahu,
Bukan mudah untuk menggapai cinta hakiki,
Pengorbanan dan kesakitan harus aku lalui,
Demi sebuah pengakhiran yang bahagia,
Iaitu sebuah tempat di syurga yang ku damba.
Hembusan bayu menyedarkanku kembali,
Ya Allahu Ya Rabbi,
CintaMu menjadi dambaanku,
Dalam keheningan pagi ini,
Aku menadahkan tangan,
Bemohon dan merayu kepada-Mu,
Ampunkan segala dosa-dosaku,
Walaupun amat berat dugaan yang Engkau berikan,
Demi setitis cinta aku relakan,
Ya Allah berikanku kekuatan,
Amin ya Rabbal 'Alamin...
-Artikel iluvislam.com

::> ;) doakan aku..heeee