Tatkala hatiku berbisik..mencari sebuah ketenangan yang hakiki..di sini la tempat kedua ku mengadu..selain diriMU YA ALLAH~ setiap nukilanku adalah dari hati yg tidak mungkin berbohong kerana hati itu hanyalah satu..Hati yang susah untuk dijaga..
Followers
Monday, July 18, 2011
Fuh~~(^^,)
nk kata bnde mgira i'm the best..aku juga ada kelemahan iaitu subject membaca..x taw npe mls sungguh nk baca..tmbh2 subject politik la..law la..bce je tido..tido je bce..haha..smpai minta tok guru my hubby ler tlg explain psai subject law..dy kan study law..so i think easy la klu nk saman org ni..haha..try to be LAWYER? loya buruk bley la..hahaha..;D
smlm dy selesai membeli cincin untuk aku dgn mama dy..n mama dy siap tnya dy suh dy jadi iman utk solat terawih di surau yg bapak dy uruskan tu..dy tnya pdapat aku..so aku just ckp..ok la klu u free..lagipon bukan ada kelas pon lepas keje..ot kat tmpat keje pon dibekukan nnty..so buat la dpt pahala lagi kan..
smlm zakuan bg aku borang mgaji..nk mgaji lebih lancar..yg min plak tgh blajar mgaji cara lagu..sedap je dy mgaji..b ajar i taw..tenkiu b..............luv u..~!*_*
Wednesday, July 13, 2011
semalam tragedi..today alhamdulilah..
byk ujian dan dugaan yg ttibe dtg skaligus buat aku lebih dekat lagi dgnmu Ya ALLAH..
dan ketika ujian itu dtg...aku stiasa dekat lagi..dekat lagi..doa aku tidak putus2 meminta..mgadu nasib di atas sejadahmu..mhadap diriMU yang MAHA AGUNG..dan ketika doaku tmakbul..aku jugak semakin kerap mdekati IMAN yg aku cari slama ini...dan terima kasih...aku bsyukur sgt2 cz KAU temukan jodoh aku dengan lelaki yg mampu mbimbingku, membuatku mdekatiMu lebih-lebih lagi...tabahkan la hatiku utk terima lagi ujian yg mdatang...
:--- alhamdulilah..;D
Thursday, July 7, 2011
ReLaKaN PeRpiSaHaN iTu DeMi CiNtA
(@_@) JUST TO SHARE THIS ARTICLE :
Kadangkala aku sendiri kebingungan. Bila ditusuk soalan demi soalan. Bagi yang telah merasa cinta… Bagi yang belum merasanya. Cinta tidak habis-habis diperkatakan, walaupun telah berkali-kali aku pesankan bahawa cinta itu bukan Tuhan!
Dulu aku pernah mengingatkan diri sendiri, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Namun, mengapa hati masih tidak mahu percaya? Kekadang, jalan berapi ditempuh jua. Ah, bujukan nafsu terlalu melulu. Sudah terantuk baru terngadah. Sudah berdarah, baru berubah.
Pada remaja yang terus bertanya… Pada ’retua’ yang terus meminta… satu kepastian, satu panduan… terus-terang kukatakan aku sendiripun terus bertanya dan terus meminta. Tidak mungkin aku memberikan apa yang aku tidak punya! Tetapi itu bukan alasan untuk menyerah. Mencari dan terus mencari, itulah yang lebih berharga. rasa belum memiliki adalah modal terpenting untuk memiliki cinta… cinta Allah.
Itulah cinta pertama dan cinta utama. Walaupun sudah berkali-kali kalimah itu disebutkan, tetapi yang mendengar cuma telinga dan akal, bukan jiwa dan hati. Hati masih tuli… Jiwa masih alpa… Bila dia berani berkata dan merasa, cinta yang dicari lebih baik daripada cinta yang ditemui!
Pada sahabatku yang selalu berkongsi lewat sms dan email, pada saudara/i yang terus meluahkan cerita dan berita melalui wadah Gentarasa ini, sudi apalah kiranya berhenti sejenak dalam kelelahan bercinta. Mari kita istirehatkan hati dengan…
Relakanlah perpisahan itu demi cinta
Pernahkah kita terasa tiba-tiba sahaja seolah-olah tidak mengenali pasangan kita? Mengapa dia menjadi “manusia lain”? Seakan-akan kita belum pernah mengenalinya walaupun telah berumahtangga sekian lama. Jika kita pernah mengalami perasaan itu, jangan terkejut. Ia adalah perkara biasa. Bukan sesuatu yang luar biasa.
Itu semua gara-gara warna sebenar (true colours) pasangan kita mula terserlah. Satu demi satu wataknya yang tersirat mula tersurat. Mengikut kajian pakar perkahwinan, hanya setelah usia lima tahun perkahwinan, barulah masing-masing (suami dan isteri) mengeluarkan semua sikap dan perangai mereka yang tersembunyi.
Pernah kita baca di dada akhbar bagaimana kelohan seorang isteri yang telah disimbah asid oleh suaminya. Katanya, “setelah tiga bulan berkahwin barulah saya sedar bahawa suami saya sebenarnya seorang yang panas baran.” Ironinya, mungkin pasangan itu telah bercinta (berpacaran) tiga tahun sebelum mereka berkahwin. Bayangkan, tiga tahun bercinta tanpa mengenal diri kekasih yang sebenar. Benarlah cinta itu buta.
Cinta kerana nafsu memang buta. Kita dikelabui oleh daya tarikan fizikal sehingga tidak punya mata hati dan akal untuk mengenal siapa yang kita cintai dengan tepat dan betul. Selama tiga tahun bercinta mungkin yang kita ‘gunakan’ cuma nafsu dan emosi bukan fikiran dan hati. Al hasil, setelah tabir perkahwinan mula diangkat, tabir percintaan pun berlabuh. Realiti tidak seindah ilusi. Kenyataan berbeza sungguh daripada impian.
Masa bercinta, warna sebenar – true colours pasangan kita tidak akan ketara. Dia boleh bermuka-muka dan rela mengikut selera, minat dan jalan hidup kita. Dan kita juga rela mengikut segala kehwendaknya. Kita dan dia mabuk cinta! Namun semakin lama berumah-tangga, maka semakin ketara kelemahan dan kekurangan. Apakah dia umpama bulan yang dipuja dikejauhan oleh Sang sastrawan tetapi botak dan berlopak di mata seorang angkasawan?
Pada tahap ini, ramai yang mula menyesali diri. Mengapa dia yang ku pilih? Tanpa sedar bahawa pada masa yang sama, dia juga mungkin berbisik mengapa kita yang dipilihnya? Inilah bibit-bibit yang boleh meruntuhkan sebuah rumahtanga. Yang nekad, rela berpatah arang lalu menempuh jalan penceraian. Yang penakut, menunggu dengan resah memendam perasaan… tanpa ada lagi keceriaan.
Manusia adalah makhluk yang sentiasa berubah. Ia punya hati yang sangat konsisten untuk berbolak-balik. Bila hati berubah, fikiran dan tingkah laku juga akan berubah. Untuk kita mengenal manusia (termasuk pasangan kita) kita terpaksa mengenali perubahan itu. Ah, ini suatu yang sangat sukar. Masakan tidak, untuk mengenal hati sendiripun acapkali kita tidak mampu… inikan pula hati orang. Sukar diduga dan ditebak.
Akibatnya, ramai orang yang berkahwin dengan orang yang ‘tidak dikenalinya’. Bukan rupa zahirnya tetapi wajah batinnya. Disangka permata, rupanya kaca. Cuaca rumah tangga mula berubah. Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Situasi inilah yang banyak berlaku dalam rumahtangga kini hingga menyebabkan (mengikut kajian) setiap lima belas minit berlaku satu penceraian!
Apakah cara mengenal manusia yang serba kompeks ini? Bagaimana menentukan dengan pasti bahawa pasangan yang bakal kita pilih itu baik orangnya? Ya, ada tiga cara:
1. Jadi orang baik.
Maksudnya, kita sendiri cuba sedaya upaya menjadi orang yang baik, Insya-Allah kita akan dikurniakan orang yang baik sebagai pasangan hidup kita. Ini janji Allah. Menjadi orang yang baik perlu diutamakan berbanding ‘mencari’ orang yang baik. Ia lebih mudah kerana menjadi orang baik bermula dengan diri sendiri.
Perlu diingat, janji mendapat pasangan yang baik bagi orang yang baik, bukan hanya berlaku pada awal perkahwinan. Mungkin pada awalnya pasangan orang yang baik itu belum begitu baik namun berkat didikannya, pergaulannya dan doanya maka pasangannya itu berubah menjadi baik selepas mereka berkahwin.
Jadi, jangan putus asa sekiranya pada awal perkahwinan kita lihat pasangan kita belum benar-benar baik seperti yang kita harapkan. Sebaliknya, teruskan usaha untuk menjadi orang yang baik sambil mendidik dan mendoakan pasangan kita itu. Ingat, setelah berkahwin dengan kita, pasangan kita itu adalah cerminan akhlak dan keperibadian kita. Siapa mereka sebelum berkahwin dengan kita kurang penting berbanding siapa mereka setelah berkahwin dengan kita.
Justeru, tidak kira siapa dia sebelum berkahwin dengan kita, tetapi sebagai suami atau isteri kita komited untuk merubah diri kita sendiri terlebih dahulu seiring usaha merubah dirinya. Jika kita tidak dapat apa yang kita suka, kita perlu suka dengan apa yang kita dapat. Caranya, ialah dengan merubah diri kita terlebih dahulu, dan insya-Allah perubahan itu akan merubah pasangan kita ke arah yang sama.
2. Ikut pilihan orang baik.
Ada orang yang menyerahkan hak membuat pilihan kepada orang-orang yang dianggapnya sangat baik dalam hidup ini. Mereka meminta ibu-bapa, ustaz-ustaz, ulama-ulama atau sesiapa sahaja yang dianggap baik untuk memilih jodoh buat mereka. Mereka pasrah dan menyerah sahaja. Tetapi dengan satu keyakinan: Orang yang baik pasti akan memilih orang yang baik sebagai pasangannya.
Ibu-bapa, para ulama dan orang yang baik-baik sekali-kali tidak akan menganiayai kita dengan memilih orang yang ‘jahat’ sebagai pasangan hidup kita. Kaedah ini telah dipraktikan oleh anak-anak muda zaman dahulu yakni ketika nilai-nilai agama belum dicabar oleh nilai Barat yang kononnya menyanjung hak asasi manusia dan kebebasan bersuara.
Pada pilihan orang yang baik, ada keberkatannya. Walaupun tidak ada cinta sebelum berkahwin, tetapi cinta selepas berkahwin jauh lebih suci dan indah. Cuba kita renungkan, betapa seringkali rumah tangga ibu-bapa yang berkahwin mengikut pilihan orang tuanya lebih kekal dan harmoni berbanding rumah tangga anak-anaknya yang kononnya berkahwin atas dasar cinta.
Inilah kaedah yang dipraktikan oleh Zainab yang berkahwin dengan lelaki yang menjadi pilihan bapanya (Rasululllah saw). Zainab akur atas pilihan itu kerana yakin akan sifat kasih sayang, amanah dan kebijaksanaan ayahnya. Dia yakin hanya orang baik (Rasulullah saw) mampu mengenal orang baik dan memilih orang baik sebagai pasangan hidup anaknya.
Justeru, sekiranya kita terlalu sukar untuk mengenali seseorang secara tepat, maka serahkan sahaja tugas itu kepada orang yang lebih arif untuk mengenalnya. Jangan cuba membuat penilaian sendiri… Bermuzakarahlah dengan orang yang baik-baik dan dirikan solat istikharah – pinta petunjuk daripada Allah setelah pilihan itu diserahkan ke tangan kita. Tidak akan kecewa orang yang bermuzakarah dan beristikharah!
3. Cintai Allah yang Maha Baik.
Kita tekad sahaja untuk mencintai Allah. Jangan pandang cinta manusia lagi. Buru cinta yang utama dan pertama (cinta Allah), insya-Allah cinta kedua, ketiga akan memburu kita. Apabila kita mencintai Allah, Allah akan mencintai kita dan bila Allah telah mencintai kita, semua orang yang mencintai Allah akan turut mencintai kita. Rasulullah saw telah bersabda:
“Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: “Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!” Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: “Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia.” Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Untuk mencintai Allah, kita wajib mencintai Rasulullah saw. Antara langkah-langkah menyintai Rasulullah saw itu adalah dengan banyak berselawat kepadanya, menegakkan sunahnya, menziarahi makamnya dan lain-lain lagi. Ini adalah ubat yang mujarab bagi isteri yang dikecewakan sumai atau suami yang dipinggirkan oleh isteri. Jangan menagih cinta makhluk sampai kita derita dan sakit hati dibuatnya. Merajuk pada yang kasih, merayu pada yang sudi… Siapa lagi yang terus kasih dan sudi mencintai kita ketika semuanya telah berpaling kecuali Allah?
Ya, burulah cinta itu. Cinta Allah mampu mengekalkan, malah boleh meningkat lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku, justeru tapak cinta itu di hati, bukan lagi di ‘body’. Biarlah cinta pasangan kita berubah (walaupun kita terus berdoa agar tidak begitu), tetapi kita tidak akan berubah daripada menyintai Allah.
Yakinlah jika pasangan kita juga menyintai Allah, pasti dia dan kita akan disatukan-Nya semula. Jika tidak, relakanlah perpisahan itu. Jangan bersedih, kerana sesuatu yang tidak memanfaatkan pasti tidak boleh memudaratkan!
P/S : hubby read this...i nk jdi tbaik utk u...so bimbing la i ke jalan yg di redhai k.. ;D
Wednesday, July 6, 2011
happy besday too me~(@_@)
i da x tahu nk ckp pe lagi...
i very appreciate apa yg u bg n blnja me..
i suka sgt..
wlpon ia x sberapa mne..
thanks b..
amat bmakna skali dlm hidup i..
lepas kelas je dy trus amik aku
n bwk g pusing2 n cri brg hntran..
penat jugak..sblum mkn singgah kat masjid shah alam..
nk solat (my b ler) saya tabule cz cuti
smbil jln2 ushar ler brg2 kat situ..tnmpk brg yg dy nk mse hntran nnty..
so bli situ..mmg tgh cri kitab tu..slamat ada cash in hand..cz hnya tggl 1 je..
cadang nk g karnival kwen shah alam..so ble lepas mkn mcm letih je..so trus blik rwg..
tp sgt2 gumbira..
wlpon de slh faham sket ttg pbcgan it ini dgn my b..
thanks for da adv gift besday 4/7~
moga rezeki b lebih btmbh~
n aku tkilan ble 4/7 my besday ramai yg blnja...ada kek la..
domino la..n mcm2..smpai x larat nk mkn..bwk blik umah jer..
n thanks to mama dy cz bg rezeki lagi dri cameron..
murah toi rezeki aku kali ni..siap dpt angpaw ag dri bos atas..
YA ALLAH..terima kasih kerana sentiasa membuka pintu rezeki ku ini..
my baby suka ble suap kek..love u kimy..dah 1 tahun 2 bulan pon dy..
suka sgt apa yg kitorg nk mkn..pdai minta plak tu..
cepat2 bjln k..
YA ALLAH..lindungi la seorg bayi yg aku dgn adikku bela ini..
semoga dy sentiasa sihat, cerdik, n semoga dpt kami didik dy menjadi anak lelaki yg soleh..amin..
kami syg danish hakimi tan..
n thanks to all friend yg wish my besday..
doa la lagi..haha..smoga cepat kaya~..
n pling aku tharu iaitu wan..
sempat ag dy wat edit video lagu yg sadis banget~!
thanks zakuan...