Followers

Friday, July 12, 2019



Kenapa Allah hadirkan kita berjumpa dengan orang yang salah dahulu baru yang betul..

kenapa Allah datangkan ujian sebelum datangnya nikmat.

Kenapa Allah hadirkan rasa sakit dan payah sebelum rasa bahagia dan senang.

Kenapa Allah Uji hati sebelum merawat hati.

Kenapa Allah gerakkan hati tapi masih GAGAL untuk melakukan sesuatu.

Semua di atas kenapa dan kenapa, Kerana nak didik jiwa kita sentiasa bersyukur. Bersyukur dengan apa yang diberi nikmatnya walaupun ketika susah atau senang.

Bersyukur dalam rasa bahagia dan ujian. Bersyukur Allah berikan kita kekuatan melalui ujian yang mendatang supaya kita tidak pernah putus asa dalam melakukan sesuatu yang berulang tetapi result yang berlainan..

Bersyukur dan bahagia melakukan sesuatu yang boleh memberi impak dan manfaat kat orang lain. Semoga kita Hidup dengan rasa nikmat yang bersyukur!

Bila kita bersyukur, Allah gandakan dengan nikmat yang tidak disangka-sangka..pasti ada walaupun dengan bermacam cara rezeki yang telah Dia berikan.

Alhamdulillah

Shahida Abdul Rahman
#ShashaDandelion
Aku Bukan Milik sesiapa
Hanya DIA.

Friday, May 19, 2017

Nak Kurus, Nak Buang Toksik, Minum Air Yang Mencukupi

Assalamualaikum...
belum tidur lagi?
sha nak sharing tips kurus dengan semulajadi sambil nyah toksik dalam badan..

supplement adalah tambahan..boleh pm untuk info.
try la ikut jadual ni mungkin akan ada perubahan yang berlaku..
percaya kepada tindakan.. jangan pernah menyerah sebelum melakukannya..


Pentingnya minum air yang cukup.

Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang merasa untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang.

Sebaiknya sebelum makan anda perlu meminum air masak terlebih dahulu.

Pengambilan air kosong yang mencukupi juga akan membantu sistem penghadaman kita berjalan lancar.Jadi,tak de la masalah sembelit.


Anda tahu tak? setiap hari kita akan kehilangan lebih kurang 2 liter air dari badan melalui proses perkumuhan,pernafasan,dan aktiviti-aktiviti lain.


Jadi,kita perlu menggantikan air yang hilang itu supaya proses didalam badan tidak terganggu dan sekaligus meningkatkan kadar metabolisme.

Minum sebotol air mineral sejam sebelum bersukan atau melakukan senaman,pasti anda akan berpeluh dengan banyak dan mengeluarkan toksin dari tubuh dengan cepat.


Selagi toksin yang terkumpul dalam badan tidak dibuang ,selagi itu anda tidak akan mendapat berat badan yang diimpikan.

Adakah anda minum air secukupnya?

Kalau anda nak tahu keperluan air untuk tubuh badan anda,anda kena kira la yer.

Formulanya macam ni,bagi setiap 25kg berat badan anda,anda perlu minum 1 liter air.

So,kalau berat anda 100kg,anda kena minum 4 liter air sehari.

Paham ker paham?


Macamana nak pastikan anda minum air yang cukup dengan keperluan tubuh bandan anda?



Ok,anda dah tahu berapa liter badan anda perlukan air dalam sehari.

So sekarang anda perlu sukat siap2.Anda boleh guna botol air mineral je atau anda beli botol yang ada sukatan liter.

Kalau 3 liter,anda sukat 3 liter la yer.

Lepas tu,sila bawa botol air ni kemana saja anda pergi dan pastikan mudah untuk anda capai dan minum.

Percayalah,bila anda nampak botol air ni,anda akan minum air dengan cukup setiap hari.

Bila anda minum air yang cukup,barulah ia membantu anda untuk menurunkan berat badan.





Jadi,saya harap anda dah faham tentang kepentingan minum air yang secukupnya.


Dan selepas ni jangan sesekali anda kurang minum air lagi tau.

Ok,Saya harap dengan sedikit tip yang saya share hari ini memberi manfaat buat anda.

Semoga anda kurus dan sihat.

Sehingga jumpa lagi..wassalam.


Tuesday, May 16, 2017

Aku juga punya perasaan..

Assalamualaikum...

lama tidak berblog...terasa tua dah umurku ini..hari ini Allah betul2 mengujiku.. 
kemalangan pula tadi..ambulance bawa macam samseng main langgar jer..kat trf light xley nk gerakkan keta sabar la tahu la emergency tp agak2 la kalau nak jadi samseng jalanan...but i'm really feel bad now not because that accindent but hurt inside when that person respon talk like that..

ok i'm sad.. ok i'm happy again..

Ida Kuat!

Sunday, April 3, 2016

Syurgaku disini

Tahun ini tahun aku menjadi superwoman..menjadi serba boleh untuk anak-anak dan suamiku..
Alhamdulillah yang tidak terhingga aku dianugerahkan 2 cahaya mata gugirl..tahun ni sorg nak masuk 3 tahun..dan sorg lagi dah 1 tahun.
Terlalu banyak memori sampai aku x larat untuk capture setiap satu..semuanya tersemat dalam fikiran dan hati ini..
Anak keduaku kembar...yang hidup hanya seorang sahaja..mungkin itu la rezekiku..
Aku teringin nak dapat kembar Allah hadiahkan kepadaku..perasaan ketika mengandung walaupon zahirnya aku tak tahu yang aku kembar..naluri aku mengatakan aku kembar..masuk keluar hospital..masih tidak mengetahuinya secara fizikalnya..lepas 44 hari pantang kuar kembar aufaa yang tidak menjadi tu..betapa besar sungguh rahmatMu Allah..
Dan aku redha..menjaga dua anak kecilku pon membuat ia seperti kembar..penat yang aku mengeluh yang tidak patut aku mengeluh.mereka adalah anak syurgaMu Allah..maafkan aku...tiap kali aku penat termarah anak syurga ini..kemudiannya menitis air mata kerana marah tanpa sebab..besar kan menjadi seorang mama.. mungkin ini lah sebab kenapa hanya 2 dan bukan 3..mungkin bila aku lebih kuat Allah akan hadiahkan aku lagi anak kembar.
Mama sayang abi Mohd Azmin Saberi
Mama sayang Nur Syarha Imani
Mama sayang Nur Aufaa Imani

Wednesday, October 8, 2014

Allah tempatku mengadu

Alhamdulillah..rezeki Allah bg tidak disangka2..nur syarha imani dah setahun sebulan..bakal jdi kakak...aku preggy lagi dah 4 bulan lebih..sungguh baik pencaturanNYA...bisnes dobiku di bukit damansara pon alhamdulillah da beroperasi 3 tahun..berkat pertolongan mak ngn abah..itu je mampu bagi setakat ni..tiada yg mustahil kalau kita berusaha dgn ikhlas dan jujur..aku tidak punyai kereta..tidak punya harta berlipat ganda..aku cuma rse tenang dan bahagia bersederhana..hati pon tenang..alhamdulillah..syukur ke hadrat illahi..